NEW YORK: Pelbagai langkah yang diambil oleh kerajaan dalam melaksanakan pakej rangsangan dan pembukaan semula sektor ekonomi secara beransur-ansur telah mengurangkan impak besar daripada krisis pandemik COVID -19 dan menyokong pemulihan semula pertumbuhan ekonomi.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ekonomi negara terus mengukuh apabila Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bagi suku kedua 2022 mencatat pertumbuhan sebanyak 8.9 peratus, lebih tinggi berbanding 5.0 peratus yang dicatat pada suku pertama 2022.
Menurut beliau, pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku kedua adalah tertinggi di ASEAN dan lebih tinggi berbanding beberapa negara maju dan serantau, dan dijangka mampu mencapai sasaran antara 5.3 peratus hingga 6.3 peratus dengan mengambil kira pencapaian separuh pertama 2022 sebanyak 6.9 peratus.
"Ada pelbagai petunjuk peningkatan ekonomi, antaranya jumlah jualan kenderaan. Misalnya, tempahan kereta Perodua Alza adalah sebanyak 30,000 apabila dilancarkan manakala tempoh menunggu kereta Proton X50 adalah enam bulan," katanya pada majlis makan malam bersama Keluarga Malaysia pada Sabtu yang dihadiri lebih 300 rakyat Malaysia di sini.
Bagi membantu mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga barangan, Ismail Sabri berkata kerajaan memperuntukkan lebih RM80 juta sebagai subsidi.
Perdana Menteri yang berada di bandar raya ini bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77, berkata sewaktu mengambil alih tampuk pemerintahan negara tahun lepas, keutamaan beliau adalah kestabilan politik dan perpaduan antara kaum.
"Ini direalisasikan melalui memorandum persefahaman dengan parti-parti pembangkang....kestabilan politik penting untuk menarik pelaburan asing. Bagi meningkatkan perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum di Malaysia, saya perkenalkan Konsep Keluarga Malaysia," katanya.
Beliau juga menyifatkan rakyat Malaysia di luar negara, termasuk di Amerika Syarikat sebagai 'Duta Kecil' negara yang turut mempunyai peranan penting untuk terus melakar imej positif Malaysia di seberang laut.
"Sumbangan anda memaparkan imej baik negara sangat penting akan turut membantu memanfaatkan keluarga dan masyarakat di Malaysia, " katanya.
Perdana Menteri berkata beliau yakin, semangat patriotik Keluarga Malaysia di New York ini tetap tinggi walaupun berada jauh di perantauan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 25 2022
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Keluarga Malaysia di New York pada Sabtu. - Foto BERNAMA
Ambil pengajaran ziarah Bukit Uhud
Patuh kepada pemimpin, ketua antara pengajaran diambil jemaah haji Malaysia semasa membuat ziarah luar di Bukit Uhud di Madinah di mana dalam konteks semasa, kepatuhan kepada pemimpin berupaya memastikan segala urusan berjalan lancar.
Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
"DAP banyak bantu calon BN dalam PRK sebelum ini, tidak salah jika UMNO membalas budi yang telah ditabur oleh mereka."
Kemenangan PH di KKB ‘tripple happiness’ buat Kerajaan Perpaduan - Fahmi
Kemenangan Pakatan Harapan pada PRK Kuala Kubu Baharu disifatkan sebagai triple happiness atau kegembiraan tiga kali ganda buat Kerajaan Perpaduan.
Pemimpin UMNO perlu teroka pendekatan baharu - Ahmad Zahid
Pemimpin UMNO juga perlu menjadi peneraju dalam pemikiran rakyat bagi mengekang fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu.
Emir Kuwait bubar Parlimen yang dipilih sebulan lalu - Dekri
Emir Kuwait, Sheikh Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, pada petang Jumaat mengeluarkan dekri membubarkan Parlimen yang dipilih pada awal April.
Perak berjaya tanam semula 7.88 juta pokok setakat ini - MB
Perak tanam 7.88 juta pokok setakat ini melebihi sasaran enam juta yang ditetapkan kerajaan Persekutuan melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025.
Pulau Pinang sasar tarik 150,000 bakat dalam lima tahun akan datang
Pulau Pinang komited untuk memupuk persekitaran yang kondusif terhadap inovasi teknologi.
Angkasa sedia bantu PIBG sekolah rendah tubuhkan koperasi
Angkasa bersedia membantu kira-kira 7,780 PIBG di peringkat sekolah rendah kebangsaan seluruh negara bagi menubuhkan koperasi.
RM7 juta diperuntukkan naik taraf 38 tamu desa di Sabah - Ewon
Peruntukan berkenaan adalah untuk pelaksanaan fasa pertama Projek Tamu Desa di negeri itu.
Angka korban hujan ribut, banjir di Afghanistan cecah lebih 330
Di wilayah Baghlan saja, lebih 300 maut dan lebih 1,000 kediaman dilaporkan musnah.
PM Anwar, MB Terengganu adakan perjumpaan tertutup
Perdana Menteri hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Malaysia harus rebut peluang lakukan pembaharuan dalam penyelidikan klinikal - PM
Malaysia harus merebut peluang, berusaha untuk melakukan pembaharuan, dan menghapuskan halangan kepada penyelidikan klinikal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
NACP: Ketirisan RM277 bilion dalam 5 tahun sangat menggemparkan - PM Anwar
Jumlah ketirisan sehingga mencecah RM277 bilion dalam tempoh lima tahun seperti yang didedahkan SPRM adalah angka yang menggemparkan, kata Anwar.
Landskap ekonomi negara lebih baik jika penjawat awam cekap, pantas laksana tugas - PM
Sekiranya semua penjawat awam mengamalkan cekap dan pantas dalam tugas seharian, Malaysia akan jadi perhatian dunia, kata Perdana Menteri.
Bersih anjur kongres 25 Mei ini, rangka perancangan menuju PRU16
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat.
Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon
Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor Jeneral Kepulauan Solomon David Vunagi.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Peruntukan pembangkang: PM Anwar selesai bermesyuarat
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.